Saturday, February 18, 2012

Ujian Personaliti


Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.







Jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)
1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

Bersyukur padaMu Ya Allah..

Assalamualaikum puhhh puhhh..banyaknya habuk setelah hampir berkurun meninggal blog nie..the reason is BUSY...tu jer lah alasan saya..maklumlah sebagai pejalar ehh pelajar banyak sangat tanggungjawab..tapi alhamdulillah 1 semester sebagai pelajar master telah pun berlalu..tinggal lagi beberapa sem jer untuk kakiku melangkah ke alam pekerjaan..ok sangat tidak sabar..nak kumpul duit banyak-banyak..beli rumah..kereta..melancong tak masuk shopping lagi hehehe..ok la saya tak nak la cakap banyak since banyak benda yang tertinggal kat blog nie..jum kita tengok sekilas pandang pic konvo saya dan sekaligus pic terbaru saya walaupun tak penting..tapi penting jugaklah untuk kenangan saya nanti hahaha..mari sama-sama kita saksikan!

Aikkk pelik KENAPA picture nie jadi macam nie? ok malas upload dah..im down!


BUBYE

Monday, August 15, 2011

Indahnya Ramadhan..

Assalamulaikum....
Dah lama tak update blog..sampai dah berhabuk-habuk..today just nak share sikit apa yang dah saya baca mengenai bulan ramadhan nie..jom kita tengok..fahami..selami..dan amalkan..
  
Hadith 1
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)
Hadith 2
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)
Hadith 3
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)
Hadith 4
Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)
Hadith 5
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)
Hadith 6
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)
Hadith 7
Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
“Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)
Hadith 8
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai”
(Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079)
Hadith 9
“Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang kuat”
(Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa’i #2105)
Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)

Jadi kepada semua umat islam marilah ramai-ramai kita menggandakan lagi amalan kita dengan mengharapkan pengampunan dari Nya...mudah-mudahan amalan kita diterima...sesungguhnya kita tidak mengetahui adakah esok kita masih diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini atau tidak....semoga kita tidak terleka dan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya..InsyaAllah..

P/S - JANGAN ASYIK INGAT RAYA JER YER..BAJU RAYA..KASUT RAYA..KUIH RAYA..MENU RAYA...APA KATA TAHUN NIE KITA KEJAR PAHALA AKHIRAT PLAK..MUDAH-MUDAHAN BOLEH LA KITA MENEMPAH RUMAH DI SYURGA NANTI..

Wednesday, July 06, 2011

Tanda-tanda Terkena Sihir


Assalamualaikum readers..
memandangkan saya nie seorang susah benor nak tidur malam maka saya google benda nie..tengok la yer..
TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.
PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
  2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.


    Macam nak pengsan dah nie..mana taknya Tanda-tanda Pada Waktu Tidur tu 60% ada pada saya..Jadi maknanya????? (gedeguppppp! jatuh terduduk) adakah aku dah terkena sihir? 

Tuesday, June 21, 2011

Travel Guide To Bandung

Assalamualaikum dan salam ceria, bahagia dan keseronokkan utk korg ea...harap2 ceria sentiasa cm sy ngeee...
ok today cekalkan hati tak nak melencong cerita yang bukan2 sebab sy ade misi n visi utk anda2 yg bakal melancong ke bandung. Berikut sy dah senaraikan beberapa tmpat yg korg wajib pergi..jom kte tgk dari carta number 1..yeahhhh!

1. Pasar Baru
Kalau korg pergi ke bandung sah2 la korg singgah pasar baru. Confirm korg singgah punye..Sebab kt pasar baru nie lah ada mcm kebaya, kain batik indonesia, kain pelekat, kain cotton, lace eh mcm2 lah..bak kata perempuan2 yg lain kira mcm syurga wanita la utk shopink kan (even takde aircond). Ok kt pasar baru nie kalau korg pergi sana kena pandai tawar menawar sebab sepanjang pengalaman sy kt sana even menjejakkan kaki 2 kali jer kt bandung tu, dorg kalau nmpak org mesia jer harga tros naik on the spot. Pasar br nie uolss besar ok..tujuh tgkt kalau tak silap sy lah..kira pasar nie dalam bangunan tp kalau dh sesat and confuse kat mana jln kua tanye ajer kt penjual2 kt sana kat mana jln kua..kedai berderet2 nie lah yg akan membuatkan anda terus terusan berjalan sehingga tersesat. Eh tp jgn la tkot korg sesat cmner pn still dlm bangunan tu jgk and tanye jer org kt sana mmg dorg baik tunjuk jln kua..ala kalau kte 1st pergi tempat baru adatlah kan tanya menanya. Lagi satu kalau korg dh beli baju mcm kain nk buat kebaya or baju kurung ke even korset boleh jer tros tempah kt sana. Hari tu saya tanya harga dia 1 juta rupiah = RM 360 agak melampau kn? tp nie sbb jahit express (hah kelasss kau) kiranya boleh siap dalam 1 hari or 2 hari la ikot korg la nk siap dlm berapa lama...tp sy rasa boleh dpt price yg ag murah. Kalau siap tros dihantar ke hotel. Tu mmg terbaik.
P/S: Kalau anda sampai di Pasar Baru jgn lupa membeli juice Sirsak (durian belanda) yg memang terbaik selain dr rasa yg sgt2 pure..Kedai juice nie betul2 dekat dgn tangga namanya kalau tak silap Buble ape tah..memang sume juice dia pure..cuma rasa yg agak berbeza utk Sirsak ... rasa nk jer buang straw sbb isi buah tu byk sgt..Juice nie di blander dgn buah dan ais..ikotkan kat mesia kte ckp ice blended..tp kat sana dorg ckp juice..Sirsak Terbaik!

Pasar Baru


2. Factory Outlet
Ok kat sana Rumah Mode kira famous abes la..Ramai yg g sana untuk dapatkan bj2 yg branded. Seyes kalau korg pandai cr  mmg bley jumpa..buktinya sy pn dh jmpe hahahaha kalau pergi sana bukan ajer Guess tp mcm2 Gucci, Armani Exchange, Burberry dan mcm2 ag la..harga mmg murah cuma pd pandangan mata sy la byk bj2 gurl yg cntek2..sesuai sgt kalau bf korg g sana..sah2 korg dpt something special hahaha..tp beb bukan ajer baju malahan mcm2 cthnye handbag, kasut, jeans, belt so korg pandai2 la pilih ape yg korg nk..Tp korg jgn risau sebab kt sana FO nie bersepah2..jln dago paling banyak skali sama jln dgn tempat Kartika Sari. Korg g la mane2 kat bandung tu sure nmpak FO bersepah2. So selamat mencari yer.



3.Kartika Sari
Nie tempat kek paling famous macam chocolate brownies, choc cheese brownies, kek lapis, kek kukus sume ada la..korg boleh la beli utk sanak saudara.... box dia plak x la panjang sgt so korg leh wat hand carry bwk msk dlm flight jer..tkot plak letak dlm luggage nnt pecah sbb box dia plastic jer pun..First time sy dtg sini dgn geng2 dr Usm wahhhh kemain berduyun2 yg beli kek tu termasuk la sy yg melilau mencari kek mana nk beli..tp kan buat yg x penah or jarang mkn kek brownies sure la kata sdp tp buat mereka yg pakar n slalu mkn brownies dorg dh bley compare n rase la which one is better..ada yg kata sedap, ada jgk yg kata biase2 jer..harga pun x mahal just  35,000-45,000 rupiah jer.Kalau diikutkan dgn duit mesia RM13.00-17.00 jer..cuma harge berbeza sikit utk kek lapis sbb yg tu mmg mahal.

4.Tangkuban Perahu
 Tempat nie kalau nk msk korg kena byr 50,OOO rupiah utk seorg nie harga utk pelancong..kalau ke bandung korg memang memerlukan supir (pemandu pelancong) utk bwk korg kesini sbb dia jauh dr kota bandung. Kena msk ke kampung2..dan tempat nie cuaca dia mmg best panas2 sejuk..cuma bau dia mungkin agak memeningkan korg sebab bau cm belerang cmtu..sy jgk mmg pening tp org kat sana kata bau nie elok utk tubuh badan kte sbb dia akan meneutralkan apa tah sy pn dh lupa..so korg jgn risau la dgn bau tu.


4. Nasi Padang
Hah cuba la nasi padang sure korg sume suka sebb dia mcm nasi cmpur kte jgk..byk lauk pauk dia just pilih jer..nasi padang yg slalu sy mkn dkt dgn Rumah Mode dan sy dgr kt situ mmg byk org mesia yg suka dtg..lauk2 dia mmg sdp! sikit pn x letak gula..(buat org yg x suka lauk pauk manis mcm sy singgah la kedai nie) time dtg dgn kwn2 usm dulu pn kte org mkn kt sini..dgn fmly pn sy ajak kesini..alhamdulillah la dorg pn suka. Dan apa yg menarik kt indonesia nie xde ayam daging ok..sumenya ayam kampung so korg jgn la risau ayam dorg x di cucuk sebagaimana ayam2 kt mesia nie..mkn byk pn xpe..cuma dr segi size mmg sgt berbeza sbb kck...

4. Kebun Strawberry
Buat peminat2 buah Strawberry mcm sy nie yg sgt2 fanatik mmg terbaik kalau dtg sini..sebab harga dia mmg giler2 murah..korg ada 2 pilihan sama ada beli jer kt pasar baru atau pn kalau korg ke tangkuban perahu korg leh singgah kt mana2 kebun strawberry sbb dia one way..giler terbaik petik dr ladang dah tu dpt minum pure juice strawberry..mmg hebat and amat2 terhebat hahahaha cuma for ur information kt pasar baru tu xla fresh dr ladang even penjual dia ckp'baru aja petik pg td' hahahaha jgn caye beb sbb nmpak kt atas mmg la elok2 cuba bile dh pegang hmmm tp adatlah ade sebijik dua yg rosak..dan paling wat korg teruja is rasa dia manis ok..kalah strawberry cameron.. dan adat jgklah kalau ada rase yg masam hehehe tp sepanjang pengalaman sy kt sana sy elok jer dpt yg manis maybe sbb muka sy manis kot la hahahaha (yeahhh sy cuba lari topik)
Kt kebun yg sy singgah  tu sekilo strwberry harga dia 60,000 rupiah jer termasuk la dpt free juice...kalau korg dtg 20 org pn cnfirm sume dpt juice sorg satu..jadi jgn risau ya! Dan kalau korg g ramai2 tu share2 la duit..mmg berbaloi ditambah plak korg leh petik sndiri dan fresh ladang... kalau nk bwk blk mesia jgn la petik yg ranum sgt..tkot t lembik plak..



P/S: Buat anda yg pertama kali akan ke bandung berhati-hati dgn Hotel Cihampelas 2 di jalan Cihampelas kerana ada makhluk lain yg menghuni (hantu)  selain bau rokok yg erghhh busuk giler dan layanan yg errrr boleh2 saje..Sebab sy berkata begitu krn sy jgk telah terkena lalu kami tros berpindah ke Hotel Amaris yg juga di jalan Cihampelas. Best Hotel tu sbb baru dibina dan suasana bilik yg cntek serta udara yg nyaman..

Ok readers setakat nie jer dulu nnt kalau ade ag info  yg sy igt sy edit ea..dan will upload my pic soon...(hahaha mcm penting sgt gambar aku kn) Harap2 info nie dptlah membantu anda even sikit jer kan..Selamat membaca ok (mcm berduyun jer org nk bace blog aku kan)
Ok habis dah..bubye


Thursday, April 07, 2011

Packing!!!

Assalamualaikum sume..cak!!!

ok today sy xde ape pun yg penting nk ckp..cume since USM dh start nk exam maka sy start la packing all my stuff kan..hahaha igt yer bukan start exam sy nk msk library tp sibuk packing hahahaha giler terbaik dari ladang!!!  look at my pic beb!


I need helpers!


baru siap 1 beg jer..haishh!

Bukan slh sy kan if baju sy banyak..kasot sy banyak..shawls sy berlonggok2..bukan slh sy kan? dh name pun GURL so mmg cmnie la....hehehe (back up me guys)

Ok sambil sy mengemas2 nie..sy telah diperdengarkan tazkirah yang bukan dtg dari radio, tv, mahupun internet tp  dari RUMATE sy sendiri...adoiiiii! alkisahnya mengenai perkahwinan...kawen yer kawan2..(betapa terseksanya sy menadah telinga sy nie utk dia tuhan saje yg tao) hahaha maklumlah beliau telah pun mendirikan umh tangga kan..so ilmu tu sedikit sebanyak  di kongsi2 (walhal td dia pn tgh bace buku sal kawen) hahahaha neway Cha tq very much even im not really focus but i tried to be  hehehe
tp kesimpulannya buat mereka yang baru nak kawen atau dah pun berkahwin renung-renungkan lah tanggungjawab anda..adakah benar anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri/suami atau pun masih ada yang terabai n bkn mudah nk jadi isteri yang solehah..susah jgk yer nk jadi seorang isteri nie...tp xpe la take it as challenge! (ayat nie utk cha) hahaha dia yg bagi tazkirah...dia yg bg ilmu..tiba2 sy yg nasihat dia..hah korg ade? ade? hahahaha

itu cite sampingan time sy mengemas td..tp sebenarnya khayalan wahhhhh khayalan gitu...ok sy x focus sbb perut sy lapar nk mkn pecal aym..huhu cian kn..ajak rumate dia dh kenyang...nk ajak Mr S tp off hp plak...huhuhu sedey!  awkkkkk...sy lapar nie....
tp atlast rumate sy jgk teman sy mkn...nape tah today rase lapa tahap kebabommm plak... owh ya since sume kwn2 sy nk blk esk..maka xkn sy nk tinggal sorg2 plak kn...so sy dgn bangganya nk blk jgk lah jumpe my baby Belle n also Bella (kitten baru mama sy jumpe)

k guys see u next post! Stay Healthy! tc!

tengok baru cakap nak balik jer sy dh naik bus ok! hebat kn sy? hahahaha






Wednesday, February 02, 2011

which perfume is my favourite ea???

mcm2 perfume ade..mari2 beli!

Maklum la musim cuti kn (cny) so akk n adk blk le ke umh..dlm pd tu dorg nie la yg slalu beli brg2 le..bj le..kasot le..n perfume jgk..hah sy bab2 nk kua duit byk2 ermmm mmg idok la teman nk wat..sume kirim jer kt dorg (selamat wit ak)
ok guys nie nk citer nie (smbil sinsing lengan bj ok) perfume nie..yes mmg la best kn if dpt free..tp x sume org suke bau yg kte suke..cth yer..if sy suka miracle korg lom tentu suka kn? so ade baiknyer kte yg beli sndiri..
tp sy bijak la kn..sy siap bau kt shopink complex..guna tips sy nie..pas sy spray..sy jln2..bia bau dia tu sebati gn aura sy..(hah kelas ko aura ok) pstu if sdp..baru la sy smpai kn order sy kt akk or adk..or mak sy ngee...hehehe jom sy nk share perfume mane yg mmg bau dia gempak giler..
                                                                          euphoria CK

nie EDP so mmg wangi ler..tp nie bkn sy nyer...adk sy punyer..sy? ermm pinjam sudah! tp uolss difahamkn cik Siti Nurhaliza alamak tertgl dato' hehe xpe2..dia for sure x bace blog sy..ngee ok perfume nie mmg digunakn oleh cik Siti yer..time beli la akk yg jual tu ckp..(ntah btol ntah tdk) might be her tactic..kot nk jual kn..dia ckp artis tu la guna..tp bab bau nie..yup mmg sedap..bau yg sgt lembut..sgt wangi..n berkekalan la..tambah plak nie 100ml..so byk..tp selain wangi..sy suka bottle dia..cntek..ada diamond ag..hah ps sume jejaka yg tgh nk memikat si bunga elok sgt beli nie bg present..sah2 tros dijadikn calon suami..cnfirm!

                                                                     Burberry london

pergh!!! nie ag 1..bau dia mmg class giler..nie x silap sy la kn perfume 1st yg adk sy beli..n for sure yg nie mmg sy nk beli bile sy keje nnt! (ok dh mula nk kuakn wit sndiri tanpa bantuan fmly yer) yg nie bau dia...hohohoho subhanallah sdpnyer...sgt2..sy suggest sape tgh tercr2 perfume ape nk beli..try la bau nie dlu..if suke beli la..cnfirm x nyesal! maybe time mula2 bau dia kuat sket..lame2 br ok..korg lalu jer sure org akn ckp..wanginyer dia hehehe btol tao..tp igt jgn spray byk2..kang korg lalu ramai yg collapse plak! hahaha
kes naya tu!!

                                                                     Stella Mccartney
Ok yg nie plak..mama sy punyer perfume..yes! absolutely wangi! seyes sgt2 lembut..sy if dh keje nnt..eh x..skang nie tgk order kt fmly..mmg nk perfume nie..ahhh x kire ade wit ke ade wit ke wa nk jgk!!!
sy pnh pakai perfume nie n ade sorg kwn sy (raqib) yer sy igt ag..dia ckp "lyna wangi la perfume hg pakai nie"..hehehe lalu dgn nada malu2.."hehehe qib nie perfume mak ak la"..dlm hati sy time tu  hoho cnfirm sy nk beli yg nie jgk even my mum said 'watpe nk beli same..beli la len plak" sy x kire  nk same jgk..yer la if blk usm x kn nk bwk perfume mak sy nie kot? ha kn? melampau la..


 
My Perfume!!! finally i hv 1..



Lancome nie perfume sy!!! hehehe atlast ade jgk kn..

yg nie mmg sy suke lama dh..tp slalu ye la org belikn kn..kdg2 belikn ikot taste dorg..so sy nie trime jer..(dh brg free jgn byk songeh) yg nie to me..bau dia ermm  refreshing..sgt2 tao..mmg tros fresh if spray nie..tp to me la kn..cm sabun2 sket..x tao la plak uols sbile dh dpt perfume syg plak nk pakai..tambah2 yg sy syg..cuba yg x syg..hoho spray jer..g class pakai..g mkn pakai..blasah jer..n sy sgt2 x suke perfume yg bau cm makanan..cth cm vanilla ke..sbb sy bau nie cm pening sket..tu yg x suke..if x pening sy pn suke..ye la wangi kn..

ok ckp la sy tunjuk perfume yg sy nk beli nie je...nk smbang sal perfume nie..smpai bile2 x abes..tambah plak mmg kte org adk bradik suke wat collection....ye la bile ade byk..leh la spray2 sket..hehehe tu paling syok!

nk ikot kn nk jer citer ag sal ape yg sy wat today..tp since td dh merayau jln2 kt taiping..so den lotih la..esk la insyaAllah if free sy update..n paling best td..ayh sy bwk balik burung cntek sgt2..tp kck jer..coz terjatuh..burung tu terlanggar gn keta..hah uolss jgn risau ok..no worries plez coz tomorrow im gonna update the story including the pic..sure will uploaded.. just wait n see ya...to all the readers tq coz atleast i noe that u hv been read all of my post by ur comment..ur click for reactions..ermmm tq ya..ye sy x sehebat blogger len..tp sy jgk punya cerita...eh tibe2..k see u again...tq! tc!
luv u la!